Assalamualaikum & Hye...
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk hari ke 12 kita berpuasa...Smoga setiap amalan kita tak sia2 dan dicatatkan pahalanya oleh malaikat Raqib insyaAllah...
Ok, Hari ni Orang nak share serba sikit resepi biskut raya turun temurun oleh ma Orang, Puan Wan Nor Aziah. Sebelum share, Orang dah mintak kebenaran ma Orang dulu utk di copy and paste resepi beliau dlm blog ni.. Memandangkan skrg ni bulan puasa, tak lama lagi dah nak raya maka berlumba-lumbalah muslimin & muslimat (tapi sebenarnya muslimat lah yang paling banyak) utk mengumpul stok biskut raya mereka..Ada yang buat sniri, ada yg suruh org lain buat (order), ada yg tunjuk2 je smbil menghulurkan duit kpd org yg bagi biskut yg diorang nak..macam2 la...yang pasti, famili Orang mmg jarang sgt beli biskut raya ni sebab ma mmg buat biskut raya sndiri dan ambil tempahan. Tempahan tu taklah sebesar kilang, handmade je...Alhamdulillah, rezeki Tuhan bg, ma pun dah ada pelanggan tetap.
Tahun ni, Orang lebih semangat nak tolong ma buat biskut raya sebabnya Orang masih mengganggur. so, drpd tak buat ape2, lbh baik join ma wat bisnes ni..Ada jugak share dalam bisnes tu nanti kan hehehe...(itulah yang ditunggu2).
Selalunya, kitorang start buat biskut yg orang order 2minggu sebelum raya. Masa tu memang pulun habis-habisan. and slalunya lah kan, kalau dah smpai pukul 3 4 pagi tu, memang ma sorg jela yg stay up, penolong2 sume dah terbunkang lintang pukang tidor..Sian ma...tapi nak buat macam mana, memang penat sgt, tak tahan giler mata nk celik.
Kali ni, start je first puasa pd 1ogos haritu, Orang dengan ma dah mula menjalankan operasi membuat biskut raya..Kami buat biskut raya yang biasa customer tempah dulu. Biskut yang wajib ma buat mengikut tempahan customer biasanya biskut tart nenas bunga, tart nenas gulung, almond london, bunga cina, semperit, peanut butter, biskut kelapa, dan cornflakes madu. Biskut2 lain ada jgk macam biskut badan, biskut bot, mama carriers, sarang semut, snowball chocolate etc...
Kebiasaanya kami buat biskut2 ni selepas zohor ataupun lepas isyak..Kalau lepas isyak tu memang besh la sebab sambil buat, sambil masuk dlm mulut hihihi...lagi2 kalau buat cornflakes madu, 1 untk biskut semua untk saye =)
Memang seronok buat biskut raya ni bila naik aroma biskut yang kita bakar, perh! memang dah rasa macam hari raya..betui..sonok sgt~
Okey la, kalau sape2 nak try buat biskut raya sendiri, boleh klik :::::~Dapur Berasap~:::::
Selamat mencuba!
love, Cyla