:::::~Dapur Berasap~:::::

Assalmualaikum
Kat sini Orang nk share segala jenis masakan, biskut, kek or apa2 saja yg dinamakan makanan untuk dikongsi resepinya (klw rajin la). Nantikan menu-menunya =)


..........12 August 2011..........


>>Biskut Tart Bunga<<


Resepi untuk 1 adunan = kurang lebih 100 biji
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula icing
  • 1 cawan planta
  • 1 sedu kecil esen vanilla
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • Jem nenas secukupnya
Cara-cara
  1. Pukul/putar planta dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan kacau lagi hingga sebati
  3. Kemudian, masukkan tepung kastard, tepung jagung, tepung gandum dan kacau lagi hingga semua tepung tadi sebati
  4. Uli adunan sehingga menjadi lembut
  5. Kemudian, terap adunan yang diuli tadi dengan acuan tart
  6. Bubuhlah jem nenas kat atas tengah tart yang diterap tadi
  7. Panaskn oven 180'c dan bakar sehingga masak

>>Biskut Snow Almond<<


Resepi untuk 1 adunan
Bahan-bahan
  • 250g mentega
  • 1 sudu besar shortening
  • 100g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nestum (dikisar)
  • 2 sudu besar coffeemate
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan serbuk badam
Hiasan
  • Serbuk roti putih (breadcrumb)
  • Coklat masakan
Cara-cara
  1. Pukul/putar mentega, gula kastor dan shortening hingga sebati.Masukkan esen kopi dan kuning telur.Gaulkan rata
  2. Masukkan tepung gandum, nestum, coffeemate, tepung ubi dan serbuk badam satu persatu sambil gaulkan rata bahan.
  3. Uli adunan sehingga sebati kemudian terapkan adunan tersebut. Boleh juga dibentukkan menjadi bola2 kecil (snowball) jika suka 
  4. Kemudian, bakar pada suhu 175'c selama 20 minit (blh adjust ikut kesesuain oven)
  5. Setelah siap dibakar, biarkan sejuk seketika kemudian celupkan biskut tadi kedalam coklat masakan yang dicairkan
  6. Akhir sekali, golekkan pula biskut yang bersalut coklat itu ke dalam serbuk roti putih

>>Biskut Sarang Semut<<


Resepi untuk 1 adunan
Bahan-bahan

  • 250g butter cup
  • 1 cawan gula icing
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
Hiasan
  • Coklat rice
  • Cawan kertas kecil
Cara-cara                                                 
  1. Pukul butter dan gula icing hingga kembang
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila kemudian gaul rata.
  3. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung kedalam adunan.Uli sebati
  4. Kemudian, parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup.
  5. Taburkan coklat rice sebagai hiasan
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c sehingga masak selama lebih kurang 15 minit
  7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara