Friday 29 July 2011

Formspring.me

Nak tanye Ape? Tanye laa......

Formspring

Thursday 28 July 2011

Sejarah Berulang!


Assalamualaikum & Hye...

Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Itulah ketetapan dan itulah HakNYA..
Tajuk entri ni sebenarnya ditujukan kepada kakak Orang yang sulong..Along..
Sejarah apa yang berulang??.....haa nilah nak cite ni..

Sebelum tu, nak kenalkan along Orang dulu..Namanya Noor Aine Binti Abdullah Taufik..knapa Aine? knapa tak bubuh aini? mestilah ada kisah disebalik nama tu..Tapi tak arif plak nak bercerita tentang kenapa aine? hehe sorry ye..Kalau ada sape2 yang berminat nak tau, bolehla bertanya kepada tuan punya jasad k.

Nah, ni dia gambar along Orang

Ni gambar dia masa tecit

Ni time die dah besar

Ok.stop pasal perkenalan diri..Ni nak share sikit kisah pertunangan along Orang..
Majlis pertunangannya telah selamat diadakan pada 3 Julai 2011 (same ngan tarikh besday ex Orang.. kuang3) dah, tanak cite sal dia.
Sambung balik, untuk soalan diatas tadi, "Sejarah apa yang berulang?"
Jawapannya, sejarah perkahwinan antara sepupu dalam keluarga Wan Nor Aziah Bt Wan Abdul Aziz!
Yup, tunang along skrg tu ialah sepupu kami..Sejarah dicipta buat kali kedua setelah bertahun-tahun ..
Orang yang pertama kawen sepupu dengan sepupu dalam famili kitorang ialah tok..Arwah tok aki (semoga rohnya dicucuri rahmat) dengan tok wan Orang, sepupu...and now turun kt cucunya pulak..
Begitulah alkisahnya.

Skrg, jom kita tengok serba sikit gambar kenangan majlis pertunangan dia..Jom!

Kita zOOm kat pelamin dulu ooO




Yang beshnye time along Orang tunang ni, ramai beno sponser yang baik hati nak menyumbang untuk barang hantaran..papepun, time kasih bebanyak la ye...

Jom kita p tengok barang hantaran plak ooO

Dalam picx diats ni hantaran dari pihak lelaki tak cukup lagi sebab petugas2 yg brtanggungjawab utk bawa hantaran tu tersesat  jalan suda...

Oke dah cukup da..Lega hati cik Long kite hehe

Hantaran kaler pink tu dari pihak lelaki, yang kaler merah ni plak dari pihak perempuan..Lelaki lima berbalas perempuan tujuh..

Meh nak tunjuk sket barang2 sponser. Zass!ooO

Kek lapis ni diterbangkan khas dari dapur Puan Faridah merangkap emak sedara kami.

Memandangkan beliau sedang pregnant, maka beliau telah melantik anak-anak beliau yang rajin untuk menolongnya iaitu Mazatul Afieda & Azatul Afzan. Boleh juga dijadikan calon utk futute wife ye..

next,
Baulu ikan ni plak diimport khas dari rumah Puan Jamilah iaitu jiran kami

next,
Coklat bunga ni dibawa istimewa dari kedai coklat achu, kazen kami.

Sebenarnya along orang dah tempah dah coklat yg mcm gini sejibik tapi dari member ofis dia la.Bila tempahan dah siap, tiba2 dapat tau kazen nak sponser coklat...sedikit kuciwa sebab budget yg sepatutnya boleh diselamatkan telah terbakar kakaka. Sudahnya, along terima coklat sponser sbg hantaran dan coklat yg ditempah tu dibagi kepada sanak sedara yang datang.Memang skejap je la laku kan.

next,
Gambar ni melibatkan sumbangan tenaga.

Inilah Cik Akmal, jiran kami yang sudi menyumbangkan tenaga sampai lewat malam menggubah hantaran cincin.

Untuk pengetahuan, sume hantaran telah digubah dan disiapkan sendiri oleh kami adik beradik dan juga kazen n jiran dekat. Kata along, kena berjimat cermat, nii baru bertunang. Iyola along weh!

Memandangkan along anak first dlm famili ktorg, so majlis cm gini adlh sesuatu yg baru untuk dihandle oleh ma ngan abah, jgk kami adik bradik..Tp alhamdulillah sumenye berjalan lancar sebab semangat ke'excited'an kami dan yang terutamanya, dengan izin Allah SWT.

Kita intai sket prosedur sewaktu majlis berlangsung nak? Jom ooO

Ketika sesi perbincangan

Alhamdulillah..setelah mendapat kata sepakat

Sesi menyarungkan cincin

Dah dapat cincin, peluk cium la plak kan


Tadaa~ dah sah jadi tunangan orang

Majlis pihak kitorang ni ada kelainan sket tau, nak tau ape die?
ni haa....


Yang lelaki pun ada sesi menyarungkan cincin..Tapi...tak salah pun. Sebabnya, yang laki ni Orang panggil abg Are-are, adlh anak sedara ma. So tak salah la kan ma sarungkan cincin utk dia =).
Sesi yang ni sebenarnya tak di plan pun..on da spot org panggil ma suruh sarungkan cincin..Menggelabah jugak ma hihi..first time weh!

Dah setel sesi sarung-menyarung, kita go truu sesi foto-memoto plak ooO

Gambar bersama dengan ma & abah (pihak perempuan)

Gambar bersama encik & ayah din (pihak lelaki)







Kalau nak kasi tengok sume gambar memang banyak.Fuh! penatla...
Gambar shela mane? Aish tak aci ni, kena la selit jgk kan..baru meriah hihihi

Nah, amekaw!

 Me, out of theme!

Tak sempat2 nak buka karpet tu.

Bersama adik-bradik & kazen

Okeh, sket2 dah la..gambar disebalik tabir tamo la kan..
tanpa penonton siapelah kita kan kan kan..
bagi menghargai jasa-jasa penonton, jom kita zoom gambar diorang..macam2 gaya...



Terima kasih kepada sume yg hadir memeriahkan majlis ni, yang menyumbang tenaga , masa, duit, makanan dan senyuman...sebab senyuman mereka membuatkan majlis dirumah kami bertambah berseri-meri. Thanks!


Sekian..Diharap pertemuan antara along & abg areare yang menjadi sejarah keluarga ni akan berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat..Amin~

love, Cyla.




Tuesday 26 July 2011

First Time Blogger!



Assalamualaikum & Hye! 

Ditenung...tenung...tenung...Ish! memang tak tau nak taip apa kt blog ni..almaklumlaa..FIRST TIME BLOGGER..dah macam nak fikir jawapan untuk soklan exam plak..rasa nak delete balik je ayat-ayat yang ditaip ni...(rasa je tapi tak buat pun, tak kuasa nak cari idea lain plak =p)

Sebenarnya dah lama Orang niat nk create blog sniri ni tapi ada satu alasan yang membantotkan niat tu....MALAS!
Betul, tak tipu. Dengan alasan tu la yang akhirnya  menimbulkan persoalan yang selalu bermain di fikiran ni,"rajin ke aku ni nak mengupdate belog ni sokmo?"takut jd sarang labah-labah je nanti!" Papepun, lanyak jelah! yuuhuuu...
Rugi plak tak lanyak dari dulu kan?? Ni dah tua-tua baru nak berjinak-jinak dengan blog..Kalau lah blog ni hidup, mesti die dah ngutuk Orang ni.

ellow tawan-tawan!

Orang buat blog ni sebab nak share sedikit dari kisah hati, perasaan, fikiran, emosi, persoalan tentang hidup, kawan-kawan, keluarga, orang yang tersayang, peristiwa-peristiwa dan apa-apa saja yang orang rasa nak share..dan yang terutamanya untuk meramaikan kawan-kawan..harap ada yang sudi berkawan dengan Orang ye..thanks ;)
Sesungguhnya, Allah lah yang mencipta kasih sayang sesama manusia, agar dengan kasih sayang itu, kita menyayangiNYA =)


Orang nak mintak maaf sebab takde celite-celoteh menarik lagi nak di share ngan kawan-kawan sume..
Next time maybe =)
Juz nak gitau, new blogger was born today! hihihi
Daa~


p/s: Orang = Cyla = Shela = Saye