Thursday, 27 October 2011

Assalamualaikum Cikgu!

Assalamualaikum & Hye

Di petang yang syahdu dingin ni, tergerak perasaan rajin nak menulis belog yang dah lama tak dijenguk. Alhamdulillah, DIA masih lagi memberi pinjaman nyawa yg tak ternilai harganya walau dengan emas atau apa sekalipun didunia ni. Kadang2 terlupa kpd nikmat yg tuhan bg sampaikan Orang tak sedar telah gunakanya pd perkara2 yang salah atau mungkin tak berbaloi untuk saham akhirat kelak. Sedih.....memang sedih. Tapi, sementara masih ada waktu untuk berubah kearah yang lebih baik, Orang cuba. Dan kadang2, hidup ni tak seperti apa yang kita rancang. Sungguh beruntung mereka2 yang merancang dan Tuhan mengkabulkan rancangan mereka..tetapi lagi beruntung kepada mereka2 yang merancang tapi Tuhan tidak mangkabulkan rancangan mereka. Sebab? Jom kita sedarkan diri kita smula..sebab, Tuhan tu maha bijaksana. Dia maha mengetahui, dan Dia maha penyayang. Tuhan kita tak akan datangkan ujian kpd hambaNya kalau hambaNya sendiri tak mampu nak tanggung ujian tu. Melainkan ujian tu sebenarnya untuk menguatkan lagi hubungan kita denganNya. Jom bertafakur sejenak~ semoga kita sedar tujuan asal kita dihidupkan didunia ni.

Bila Orang fikir tentang keperluan dunia, memang Orang akan srabut kepala. Mana taknye, Orang dah grad pada may 2011 yang lalu, so skrg dah lebih kurang 5 bulan Orang menganggur secara rasminya. Pastu, datanglah pertanyaan2 yang memerlukan jawapan dan tindakan segera.."Kenapa tak dapat keje tetap lagi?", "macam mana nak bayar loan ptptn kalau tak keje lagi?", "bila nak ada gaji sendiri tuk balas jasa ma abah (walaupun beliau tak pernah mintak tuk dibalas)?", "bila nak tolong jaga kebajikan adik2 yang masih belajar?", "bila nak start bayar duit kereta sendiri (sebab waktu kat universiti dulu, parent yang bayarkan.Dah habis u, bayar sniri la kan?)?". Hrmm macam2 yang tak setel lagi. Soal kawen pn dah fikir jugak..huhu..bukan gatal, tapi untuk masa depan..umur pun dah banyak angka ni, tamo la jadi andartu..hihi

Teaching positions in New York
Bukan tak usaha untuk cari keje, dah macam2 dah apply. Yang minat ke kurang minat ke sume dah try..paling2 kurang pun, sampai part interview je. Pastu senyap.Takde berita dah. tapi takpelah, yang xde berita tu Orang tak minat sangat, tapi yang geramnye yang senyap terus ni, langsung takde panggil interview, sebab keje tu la yang Orang betul2 minat. Alhamdulillah dalam pening2 fikir, Orang percaya rezeki tu tuhan yang tentukan, so Orang taleh berputus asa tuk mintak kat DIA. Yang penting skrg, usaha, doa, tawakkal. Rezeki tu ada dimana2, lambat atau cepat je, sabar.

Dalam menanti rezeki keje tetap, Alhamdulillah,  akhirnya Orang dapat jgk rezeki untuk menimba pengalaman  dan ilmu dalam bidang perguruan..walaupun sebagai guru ganti. Masuk hari ni, dah 3 hari Orang bergelar Cikgu di salah sebuah sekolah yang tak jauh dari rumah Orang. Seronok, berdebar, excited pun ade sebab first time kena masuk kelas sebagai cikgu..Seronok bila anak-anak murid mengucapkan ayat keramat “Assalamualaikum Cikgu”. Profesion guru ni mmg mnjadi cita-cita Orang, tapi as a second choice. sebab first choice Orang nak bekerja sebagai pegawai bank. Nampaknya, masa depan memang sukar nak diramal sebab penentu muktamatnya ialah DIA..So, Orang hnya mampu berdoa smoga cita-cita Orang tercapai..Banker or Teacher, both i love to be =)

love, Cyla