Assalamualaikum & Hye...
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Itulah ketetapan dan itulah HakNYA..
Tajuk entri ni sebenarnya ditujukan kepada kakak Orang yang sulong..Along..
Sejarah apa yang berulang??.....haa nilah nak cite ni..
Sebelum tu, nak kenalkan along Orang dulu..Namanya Noor Aine Binti Abdullah Taufik..knapa Aine? knapa tak bubuh aini? mestilah ada kisah disebalik nama tu..Tapi tak arif plak nak bercerita tentang kenapa aine? hehe sorry ye..Kalau ada sape2 yang berminat nak tau, bolehla bertanya kepada tuan punya jasad k.
Nah, ni dia gambar along Orang
Ni gambar dia masa tecit
Ni time die dah besar
Ok.stop pasal perkenalan diri..Ni nak share sikit kisah pertunangan along Orang..
Majlis pertunangannya telah selamat diadakan pada 3 Julai 2011 (same ngan tarikh besday ex Orang.. kuang3) dah, tanak cite sal dia.
Sambung balik, untuk soalan diatas tadi, "Sejarah apa yang berulang?"
Jawapannya, sejarah perkahwinan antara sepupu dalam keluarga Wan Nor Aziah Bt Wan Abdul Aziz!
Yup, tunang along skrg tu ialah sepupu kami..Sejarah dicipta buat kali kedua setelah bertahun-tahun ..
Orang yang pertama kawen sepupu dengan sepupu dalam famili kitorang ialah tok..Arwah tok aki (semoga rohnya dicucuri rahmat) dengan tok wan Orang, sepupu...and now turun kt cucunya pulak..
Begitulah alkisahnya.
Skrg, jom kita tengok serba sikit gambar kenangan majlis pertunangan dia..Jom!
Kita zOOm kat pelamin dulu ooO
Yang beshnye time along Orang tunang ni, ramai beno sponser yang baik hati nak menyumbang untuk barang hantaran..papepun, time kasih bebanyak la ye...
Jom kita p tengok barang hantaran plak ooO
Dalam picx diats ni hantaran dari pihak lelaki tak cukup lagi sebab petugas2 yg brtanggungjawab utk bawa hantaran tu tersesat jalan suda...
Oke dah cukup da..Lega hati cik Long kite hehe
Hantaran kaler pink tu dari pihak lelaki, yang kaler merah ni plak dari pihak perempuan..Lelaki lima berbalas perempuan tujuh..
Meh nak tunjuk sket barang2 sponser. Zass!ooO
Kek lapis ni diterbangkan khas dari dapur Puan Faridah merangkap emak sedara kami.
Memandangkan beliau sedang pregnant, maka beliau telah melantik anak-anak beliau yang rajin untuk menolongnya iaitu Mazatul Afieda & Azatul Afzan. Boleh juga dijadikan calon utk futute wife ye..
next,
Baulu ikan ni plak diimport khas dari rumah Puan Jamilah iaitu jiran kami
next,
Coklat bunga ni dibawa istimewa dari kedai coklat achu, kazen kami.
Sebenarnya along orang dah tempah dah coklat yg mcm gini sejibik tapi dari member ofis dia la.Bila tempahan dah siap, tiba2 dapat tau kazen nak sponser coklat...sedikit kuciwa sebab budget yg sepatutnya boleh diselamatkan telah terbakar kakaka. Sudahnya, along terima coklat sponser sbg hantaran dan coklat yg ditempah tu dibagi kepada sanak sedara yang datang.Memang skejap je la laku kan.
next,
Gambar ni melibatkan sumbangan tenaga.
Inilah Cik Akmal, jiran kami yang sudi menyumbangkan tenaga sampai lewat malam menggubah hantaran cincin.
Untuk pengetahuan, sume hantaran telah digubah dan disiapkan sendiri oleh kami adik beradik dan juga kazen n jiran dekat. Kata along, kena berjimat cermat, nii baru bertunang. Iyola along weh!
Memandangkan along anak first dlm famili ktorg, so majlis cm gini adlh sesuatu yg baru untuk dihandle oleh ma ngan abah, jgk kami adik bradik..Tp alhamdulillah sumenye berjalan lancar sebab semangat ke'excited'an kami dan yang terutamanya, dengan izin Allah SWT.
Kita intai sket prosedur sewaktu majlis berlangsung nak? Jom ooO
Ketika sesi perbincangan
Alhamdulillah..setelah mendapat kata sepakat
Sesi menyarungkan cincin
Dah dapat cincin, peluk cium la plak kan
Tadaa~ dah sah jadi tunangan orang
Majlis pihak kitorang ni ada kelainan sket tau, nak tau ape die?
ni haa....
Yang lelaki pun ada sesi menyarungkan cincin..Tapi...tak salah pun. Sebabnya, yang laki ni Orang panggil abg Are-are, adlh anak sedara ma. So tak salah la kan ma sarungkan cincin utk dia =).
Sesi yang ni sebenarnya tak di plan pun..on da spot org panggil ma suruh sarungkan cincin..Menggelabah jugak ma hihi..first time weh!
Dah setel sesi sarung-menyarung, kita go truu sesi foto-memoto plak ooO
Gambar bersama dengan ma & abah (pihak perempuan)
Gambar bersama encik & ayah din (pihak lelaki)
Kalau nak kasi tengok sume gambar memang banyak.Fuh! penatla...
Gambar shela mane? Aish tak aci ni, kena la selit jgk kan..baru meriah hihihi
Nah, amekaw!
Me, out of theme!
Tak sempat2 nak buka karpet tu.
Bersama adik-bradik & kazen
Okeh, sket2 dah la..gambar disebalik tabir tamo la kan..
tanpa penonton siapelah kita kan kan kan..
bagi menghargai jasa-jasa penonton, jom kita zoom gambar diorang..macam2 gaya...
Terima kasih kepada sume yg hadir memeriahkan majlis ni, yang menyumbang tenaga , masa, duit, makanan dan senyuman...sebab senyuman mereka membuatkan majlis dirumah kami bertambah berseri-meri. Thanks!
Sekian..Diharap pertemuan antara along & abg areare yang menjadi sejarah keluarga ni akan berkekalan jodohnya hingga ke akhir hayat..Amin~
love, Cyla.
0 Kata Dia:
Post a Comment